Dunia yang nyata ini sememangnya sangat pelik. Manusia sentiasa terkejar-kejar untuk berada di depan sedangkan mereka tahu bahawa ada lagi dunia yg kekal abadi bakal mereka hadapi selepas ini. Hinaan yg dilemparkan cuma sementara, namu perasaan yg terguris mungkin kekal selamanya... -PelangiMalam-
Wednesday, 25 June 2014
Siapa yang patut dipersalahkan ?
Aku bukan seorang yang suka mengkritik, tapi patutkah aku berdiam tanpa kata melihat org yg punya ilmu menggunakan ilmunya untuk menindas seseorang yang lemah ? Di mana nilai kemanusian sekiranya aku terus berdiam membiarkan orang yang di atas terus menang dan orang yang di bawah semakin jatuh ? Tujuanku tidaklah menyebelahi orang yg lemah mahupun yang kuat, namun tidakkah manusia berfikir bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan perlukah mementingkan Darjat dan Kebijaksanaan mereka untuk menindas dan mempergunakan orang yang tidak mempunyai kemampuan ? Ke mana hilangnya rasa belas kasihan dalam diri mereka ? Orang bodoh juga manusia, tapi mengapa perlu diperbodohkan lagi oleh orang yang punya Ilmu ? Tidakkah Orang yang bijak itu terfikir bahawa sekiranya dia mempergunakan orang yang bodoh maka dia juga kelihatan sangat bodoh dalam tindakannya ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment